-------------------------------------------------------------------




Friday, January 20, 2012

PETUA AGAR TIDAK MENJADI PELUPA

Petua-petua agar tidak menjadi pelupa:
1.  jangan makan kepala ikan 
2.  jangan makan organ dalaman 
3.  jangan minum semasa makan 
4.  jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut 
5.  jangan melihat kemaluan 
6.  banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu  
     dan lain-lain 
7.  banyakkan makan kismis, kurma dan madu 
8.  banyakkan makan kekacang 
9.  pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan 
10.jangan makan sehingga terlalu kenyang 
11.jangan kencing berdiri

Thursday, November 24, 2011

Aktiviti Tatapan Minda - Program Pengukuhan UPSR/PMR/SPM 2012

Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan, itulah yang paling tepat untuk menggambarkan Program Pengukuhan UPSR/PMR/SPM 2012 yang dilaksanakan bermula 21 November 2011 sehingga 23 Disember 2011. Program selama sebulan ini dirangka untuk memberikan pendedahan awal terhadap mata pelajaran yang akan dipelajari samada untuk UPSR, PMR atau SPM. 

Di samping itu, ulangkaji terhadap subjek teras dan elektif juga dilakukan untuk meningkatkan kefahaman pelajar terhadap sesuatu subjek. Para pelajar ini telah dibimbing oleh guru-guru yang berkemahiran dan berpengalaman luas dalam subjek masing-masing. 
Diharap Program Pengukuhan ini dapat memberikan impak yang besar terhadap pelajar untuk belajar dan seterusnya berjaya dalam peperiksaan pada tahun hadapan samada UPSR, PMR, atau SPM.

Wednesday, November 23, 2011

Aktiviti Tatapan Minda - Program Harian Cuti Sekolah 2011

Bertempat di pusat Tuisyen Tatapan Minda, Program Harian Cuti Sekolah 2011 yang dilaksanakan bermula pada 21 November 2011 dan akan berakhir pada 23 Disember 2011. Program Harian Cuti Sekolah ini terbuka kepada murid-murid sekolah rendah.


Di dalam program ini, murid-murid akan diberi kelas Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin, Sains, Matematik, fardu-Ain, dan Seni & Kraftangan. Kelas-kelas ini telah dibimbing oleh guru-guru yang berkemahiran dalam bidang masing-masing. Matlamat utama program ini adalah untuk mengisi masa cuti murid-murid dengan perkara yang berfaedah seperti menghadiri kelas-kelas yang telah ditetapkan.

Diharap Program Harian Cuti Sekolah 2011 ini dapat memberikan banyak manfaat kepada semua murid seterusnya meningkatkan pencapaian murid dalam akademik.

Tuesday, November 8, 2011

Menu Sarapan Pagi Anak Anda - 3 hingga 6 Tahun

Guru & Ibubapa: Siapakah Pendidik Sebenarnya?

 
Tatapan Minda Copyright © 2011