Orang nak ada blog saya pun nak jugak. Orang lain selalu update blog tapi saya selalu menggaru kepala apa nak tulis..Kadang tu idea banyak tapi ntahlah nak tulis tak reti pulak ish...
Anak saya yang nak amek UPSR tahun ni pun ada blog.. konon saya pun naklah up to date macam budak2 ni. Bukan apa senang nak komunikasi dengan budak2 skrang ni cepatlah boleh tackle cara diaorang.
Kesian saya kena marah dengan SAB....Saya minta dia link blog saya ni dengan blog dia.. kononnya nak create peminat la macam dia tapi saya tak...




Friday, January 29, 2010
KETINGGALAN ZAMANKAH AKU???
Hari ini semasa mengajar ekonomi asas form 5.... students saya mentertawakan saya...Tetiba teringat masa saya f5 dulu.. saya pun pernah mentertawakan mak saya sama macam budak2 ni mentertawakan saya.
Isunya simple jer... Bahasa singkatan masa kini.
LOL = Laugh out loud
idts = i don't think so
xoxo = hugs and kisses
sk8er = skater
aq = aku
tc = take care
idk = i don't know
ily = i love you
imy = i miss you
omg = oh my god
t10 = thanks
10q = thanks you
Adus!!!! Ketinggalan zamankah saya ini???? t10 to u all kids sab n kid for...
Monday, January 25, 2010
Teknik pengurusan masa untuk ibu berkerjaya
Teknik pengurusan masa untuk ibu berkerjaya
Dilema bagi kebanyakan ibu berkerjaya ialah pembahagian masa antara diri,
keluarga dan kerjaya. Tanpa pengurusan masa yang betul, ia mampu
membebankan fizikal dan mencabar minda. Ketahui teknik pengurusan
masa berkesan bagi seorang ibu dan wanita berkerjaya.
1. Utamakan diri
Apabila bergelar isteri dan ibu, anda kadang kala lupa tentang hak ke atas
diri. Anda mengabaikan diri sendiri kerana terlalu menumpukan perhatian
menguruskan rumah tangga dan kerjaya. Tahukah anda? Jika anda...
Tuesday, January 12, 2010
TUISYEN DAN ANAK_ANAK
Salam semua, dua minggu ni masa terasa terlalu pantas berjalan. Pejam mata sekejap dah dekat dua minggu tahun baru berlalu.
Sebelum tahun baru bermula ibu bapa sibuk mencari keperluan anak-anak untuk masuk sesi baru persekolahan. Sekarang selepas selesai pendaftaran ibu bapa masih belum selesai lagi sesak nafas mereka... Minggu ni bermula la minggu mencari tempat tuisyen pulak.
Ibu bapa dan anak-anak sibuk la berpusing-pusing mencari tempat yang berkenan dihati. Dapat tempat yang sesuai tapi jadual pulak tak sesuai, cari lagi...
Subscribe to:
Posts (Atom)