-------------------------------------------------------------------




Saturday, March 5, 2011

The Curse (Synopsis by Chapter 1-12)

The Prologue An Indian rubber tapper has woken up late and is whistling his favourite tune and as he is walking, he stumbles upon something. He is horrified to learn that it is a dead body.He lets out a scream and runs away asa fast as he can. Chapter 1 Azreen hurriedly leaves her studies in England to return home after receiving news that her sister had died.  Her coursemate, Julian Ng, tries to offer his sympathy and condolence but she was not in the mood to talk about the matter. Chapter 2 On the plane home, Azreen...

Friday, March 4, 2011

MELUNAS RINDU (SINOPSIS , TEMA DAN PERSOALAN)

Novel Melunas Rindu(Hartini Hamzah) Sinopsis Fuad ialah seorang pemuda yang berketurunan Cina dan beragama Islam. Selain nama Fuad, dia juga memiliki dua nama lain iaitu Joshua dan Abdul Halim. Ayahnya ialah Robert Lim yang berketurunan Cina dan berkahwin dengan Mariana yang berketurunan Melayu. Walau bagaimanapun, hidupnya penuh dengan liku kerana sejak kecil lagi dia tidak mengenali dan tidak mendapat kasih sayang daripada ibu dan bapanya. Dia dibesarkan oleh Peter Lim iaitu bapa saudaranya yang juga adik kepada Robert...

KABUS DI PERBUKITAN (Sinopsis Bab31-33)

Bab 31:  Atas Nama Cinta Anak Faridah, Anne Johnson berkahwin dengan Zain, anak Datuk Azrul. Perkahwinan Anne dan Zain dihadiri ramai tetamu terutamanya dari luar Negara. Perkahwinan tersebut begitu bersejarah kerana perkahwinan tersebut melibatkan pasangan dari dua Negara berlainan. Faridah sangat gembira kerana akhirnya dia dapat pulang ke kampong halamannya. Ramai orang lama kampong halamannya telah meninggal dunia, walau bagaimanapun, Faridah Berjaya bertemu dengan Pak Talib. Pak Talib sudah tua dan hanya mampu...

KABUS DI PERBUKITAN (Sinopsis Bab 26-30)

Bab 26: Hati Wanita Soleh Johnsons dan Faridah sudah berada di tanah air dengan tujuan mahu bercuti, melawat Melina yang sedang sarat mengandung dan membincangkan perkahwinan Zain dan Anne. Soleh dan Faridah menginap di bunglo percutian di Cameron Highlands. Soleh telah berkenalan dengan ramai jemaah dalam seminggu ke masjid dan kebanyakan mereka sudah lama menetap di Cameron Highlands, antaranya Amir Mustor, Muslim, Arif Carlson bekas askar British, Ahmad Raffles, bekas Royal Australian Force yang mengusahakan kebun...

KABUS DI PERBUKITAN (Sinopsis Bab 21-25)

Bab 21 : Tak Ingin Tahu Zain kembali ke tanah air setelah tiga tahun berada di New Zealand. Zain mendapati banyak perubahan telah berlaku di kampungnya dalam tempoh ketiadaannya. Azrul pula dianugerahi gelaran 'Datuk' kerana berjasa kepada rakyat melalui penglibatannya dalam bidang pertanian. Beliau juga menggalakkan para petani untuk menanam modal dalam Pertubuhan Peladang di samping berusaha menyatukan kebun-kebun tradisi menjadi estet mini kelapa sawit dan dusun buah-buahan. Ketika Datuk Azrul berbual dengan Zain,...

KABUS DI PERBUKITAN (Sinopsis Bab 16-20)

Bab 16 : Mengejar Mimpi-Mimpi Melina adalah salah seorang anak kembar Faridah. Pada suatu hari Melina berkenalan dengan Benny yang berketurunan Arab. Benny menyapa Melina ketika dia sedang minum di sebuah gerai di Auckland. perkenalan mereka merupakan permulaan hubungannya dengan lelaki yang lahir di Dubai itu. Dari segi peribadi Melina agak bebas. Dia sangat berbeza dengAnne yang begitu taat dengan ajaran Islam. Dia juga tidak tinggal bersama-sama keluarganya di Christchurch, sebaliknya memilih tinggal di Auckland dan...

KABUS DI PERBUKITAN (Sinopsis Bab11-15)

Bab 11 : Kasih Ibu Sepanjang Jalan Kematian Rahayu meninggalkan kesan yang mendalam terhadap ibu kandungnya, Salmah. Dia sering teringat akan Rahayu dan mula diserang sakit jantung. Suatu pagi Salmah mahu ke pasar di Sungai Haji Dorani. Dia mahu membeli belacan di gerai Pak Talib. Ghazali sering datang untuk membantu Faridah. Salmah mencadangkan agar Faridah berkahwin dengan Ghazali tetapi Faridah berasa malu dan bimbang dianggap perigi mencari timba. Namun demikian Ghazali telah berterus terang untuk mengambil Faridah...

KABUS DI PERBUKITAN (Sinopsis Bab 6-10)

Bab 6 : Hanya pada Harapan Azrul berasa sedih dengan penderitaan yang dialami oleh Rahayu . ketika dia melawat Rahayu di rumahnya, gadis itu berkata dia hanya menanti kematian. Rahayu juga meminta agar Azrul meneruskan cita-citanya untuk membuka perniagaan berasaskan pertanian. Hamidah memahami perasaan Azrul. Dia memujuk Azrul dengan mengatakan orang yang berpenyakit memang berkelakuan seperti Rahayu. Azrul pulang dengan perasan yang hambar. Satu sidang akhbar diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub untuk mengumumkan...

KABUS DI PERBUKITAN (Sinopsis Bab1-5)

Bab 1 : Pucuk-pucuk Kayu di Hadapan Matanya Rahayu sukar bangun pagi kerana menyiapkan tugasan pada malam sebelumnya. Badannya juga kurang sihat. Namun dia bergegas bangun kerana dia berjanji akan ke perpustakaan bersama-sama Azrul. Tepat pukul 8.00 dia tiba di perpustakaan. Azrul mengajak Rahayu bersarapan terlebih dahulu dan mereka berbual-bual tentang tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Rahayu memberitahu dia berasa lega apabila dapat menyiapkan tugasan. Azrul pula menceritakan rancangannya untuk ke KLCC pada hujung...

KABUS DI PERBUKITAN (GAYA BAHASA, NILAI DAN PENGAJARAN)

Gaya Bahasa 1. Penggunaan Bahasa Inggeris Contoh:  wind breaker, sindrom down, terrace garden, Smoke House 2. Peribahasa Contoh:  Peribahasa Melayu– Masa itu emas  Peribahasa Arab - Masa umpama sebilah pedang tajam, boleh memenggal kepala jika kita lambat bertindak. - Perahu sudah di air, pendayung di tangan 3. Personifikasi Contoh :  cahaya di sebalik kabus yang sentiasa memberi harapan  cuaca yang begitu dingin menggigit  Senja merangkak tua… 4. Hiperbola Contoh:  dosa-dosaku sudah melaut banyaknya…  tetapi kasihnya...

KABUS DI PERBUKITAN (LATAR MASA,TEMPAT DAN MASYARAKAT)

Latar   Latar Masa 1. 6.00 pagi – Rahayu terjaga dari tidur oleh deringan telefon bimbitnya. Dia teringat akan tugasan MP 3714 yang perlu dihantar pagi itu. 2. 8.00 pagi – Rahayu tiba di perpustakaan untuk mengulang kaji pelajaran bersama Azrul. 3. Waktu pagi– Rahayu terjatuh dan pengsan di perpustakaan. Faridah terlibat dalam kemalangan. 4. Malam - Pak Imam Sohod mengetuai kanak-kanak kariah membaca Yasin, memohon kepada Allah supaya diberi petunjuk terhadap kehilangan Faridah di tempat kemalangan. Latar 5. 1980 - Sepasang...

KABUS DI PERBUKITAN (WATAK DAN PERWATAKAN)

Watak dan Perwatakan   1. Watak Faridah  Faridah merupakan watak utama dan dia mempunyai saudara kembar bernama Rahayu.  Ayahnya berkahwin kali kedua dengan seorang wanita bernama Hamidah.  Dia terpisah daripada adik kembarnya semasa berusia tujuh tahun akibat ayahnya berpindah ke Pontianak, Indonesia.  Faridah seorang yang tabah menghadapi dugaan hidup. Contohnya, dia tabah menghadapi kematian adik kembar kesayangannya, Rahayu akibat barah paru-paru. Selepas itu dia juga kehilangan ibu kesayangannya dan suaminya...

KABUS DI PERBUKITAN (PLOT, BINAAN PLOT DAN TEKNIK PLOT)

Plot Plot ialah sesuatu yang menghubungkan antara peristiwa dalam sebuah cerita yang rapat pertaliannya dengan gerak laku lahiriah dan batiniah watak. Setiap peristiwa dan gerak laku itu dari awal hingga akhir adalah berdasarkan kepada hukum sebab dan akibat. Plot novel Kabus di Perbukitan bersifat kronologi. Plot kronologi ialah plot yang disusun mengikut urutan, iaitu waktu atau peristiwa yang berlaku dahulu akan didahulukan manakala yang berlaku kemudian akan dikemudiankan. Tindakan Mejar (B) Kamarudin berkahwin...

KABUS DI PERBUKITAN (SINOPSIS, TEMA DAN PERSOALAN)

Novel Kabus Di Perbukitan ( Mohamad Kholid Hamzah) Sinopsis Novel ini memaparkan kisah pasangan suami isteri, Kamarudin seorang tentera dan Salmah,yang mempunyai sepasang anak kembar Faridah dan Rahayu. Apabila Kamarudin ditugaskan sebagai Pegawai Pemerintah di Pengkalan Hulu di Perak, dia telah berkahwin dengan Hamidah. Kamarudin diarahkan bertugas sebagai Atase Keselamatan di Pejabat Kedutaan Malaysia di Pontianak, Indonesia. Di sinilah bermulanya perpisahan pasangan kembar tersebut. Kamarudin telah membawa Rahayu...

Guru & Ibubapa: Siapakah Pendidik Sebenarnya?

 
Tatapan Minda Copyright © 2011