Plot ialah sesuatu yang menghubungkan antara peristiwa dalam sebuah cerita yang rapat pertaliannya dengan gerak laku lahiriah dan batiniah watak. Setiap peristiwa dan gerak laku itu dari awal hingga akhir adalah berdasarkan kepada hukum sebab dan akibat. Plot novel Kabus di Perbukitan bersifat kronologi. Plot kronologi ialah plot yang disusun mengikut urutan, iaitu waktu atau peristiwa yang berlaku dahulu akan didahulukan manakala yang berlaku kemudian akan dikemudiankan. Tindakan Mejar (B) Kamarudin berkahwin lain dan memisahkan anaknya, Rahayu daripada pasangan kembarnya telah menimbulkan pelbagai konflik, kepada Rahayu, Faridah, dan isterinya atau ibu mereka. Walaupun plot novel ini banyak disisipkan dengan unsur imbas kembali, namun pembaca masih mudah untuk memahami dan menelusuri peristiwa-peristiwa penting dalam novel.
Binaan Plot
Terdapat empat peringkat binaan plot, iaitu:
(i) Permulaan
Pengarang memperkenalkan watak Rahayu menunaikan solat subuh dan Rahayu merasa kelainan atau sakit pada lehernya. Pada bahagian ini diperkenalkan juga Rahayu dan Azrul sebagai penuntut Fakulti Ekologi Manusia, UPM.
(ii) Perkembangan
Pada bahagian ini Rahayu dan Azrul sedang mengulang kaji pelajaran di perpustakaan.
Semasa di perpustakaan, tiba-tiba Rahayu pengsan dan dia dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.
Pada masa yang sama, Faridah kembarnya juga telah ditimpa kemalangan bersama-sama dengan kanak-kanak istimewa, Iqbal dalam perjalanannya ke pekan Raub. Faridah hilang dari tempat kemalangan.
Selepas dua minggu, Faridah ditemui di Perkampungan Orang Asli di Pahang yang diketuai oleh Tok Batin Senik dalam keadaan koma.
Akhirnya Rahayu meninggal dunia di sisi Faridah di hospital yang sama mereka ditempatkan.
Azrul berjaya menamatkan pengajiannya dan berhasrat menjadi penternak kambing.
Faridah berkahwin dengan Ghazali.
Ibunya meninggal dunia dan diikuti dengan kematian Ghazali dalam kemalangan jalan raya.
Faridah bersetuju ke New Zealand untuk mengikuti suatu kursus.
Faridah menetap di New Zealand dan berkahwin dengan seorang pemuda New Zealand yang bernama Samuel Kirkby Johnsons atau Soleh Johnsons. Mereka dikurniakan sepasang anak kembar, Anne dan Melina.
Zain berkenalan dengan Anne semasa Anne menghadapi masalah keretanya yang rosak.
Melina berkahwin dengan Jabbar al – Anbia atau dikenali sebagai „Benny‟ dan berpindah ke Malaysia serta menetap di Terengganu.
Benny sibuk dengan urusan peniagaannya bersama-sama dua orang kawannya, Muhammad Attar dan Mehmod. Melina yang sedang mengandung rasa sunyi.
Anne memperkenalkan Zain kepada ibunya, Faridah.
Muhamed Attar, Mehmod, dan Benny cuba mempengaruhi Ustaz Hassan Syukri agar menyertai perjuangan mereka.
(iii) Konflik
Mejar (B) Kamarudin curang kepada isterinya Salmah dan berkahwin dengan Hamidah.
Faridah dan Rahayu dipisahkan apabila Kamarudin dan isteri keduanya berpindah ke Pontianak, Indonesia.
Faridah putus tunang dengan Azman.
Rahayu pengsan di perpustakaan dan disahkan menghidap barah paru-paru.
Faridah dan Iqbal terlibat dalam kemalangan dan mereka hilang selama dua minggu.
Melina berkonflik dengan dirinya kerana sering ditinggalkan oleh Benny yang sibuk dengan urusannya.
Benny, Muhammad Attar tidak sependapat dengan Ustaz Hassan Syukri dalam cara perjuangan mereka dalam menegakkan agama Islam.
Muhamed Attar ditangkap oleh Interpol, Benny pula melarikan diri ke Dubai.
(iv) Klimaks
Faridah, Soleh, dan Anne pulang bercuti di Malaysia untuk melawat Melina, dan membincangkan perkahwinan Zain dan Anne.
Muhammad Attar ditangkap oleh pihak Interpol dan Melina membuat laporan ke balai polis kerana suaminya tidak pulang ke rumah.
Perkahwinan Anne dengan Zain berlangsung dengan meriah.
Soleh dan Melina ke Dubai berjumpa Benny dan Melina bersetuju menetap di Dubai.
(v) Peleraian
Anne dan Zain menetap di New Zealand untuk menerajui syarikat penternakan keluarga Johnsons. Azrul dan Soleh menjalankan perniagaan kotej di Cameron Highlands.
Faridah dan Soleh mengambil keputusan menetap di Malaysia.
Teknik Plot / Teknik Penceritaan
1. Pemerian
Contoh:
Gambaran Azrul dan Rahayu yang sedang menikmati sarapan pagi sambil memerhatikan gelagat siswa dan siswi UPM yang lalu lalang di hadapan mereka.
2. Dialog
Contoh:
Dialog yang pendek-pendek dan pantas antara Azrul dan Rohaya. Mereka
bersoal jawab tentang tugasan yang diberi oleh pensyarah dan program Kempen Save Our River.
3. Imbas kembali
Contoh:
…”Cukup. Malam tadi dah keluar dengan kawan-kawan ke Kajang
Tentang peranan dan sejarah Rumah Rehat Sri Berkat suatu masa dahulu. Semasa zaman kolonial, rumah tersebut digunakan untuk berehat oleh pengurus-pengurus ladang.
4. Imbas Muka
Contoh:
ada kemungkinan mereka meredah hutan dan sesat?” tanya Chief Inspektor Aznil.
…Buyong membuat andaian bahawa Mejar (B) Kamarudin pasti akan terpesona dengan kawasan Bukit Kutu.
5. Suspens
Contoh:
Pihak-pihak yang terlibat dalam operasi pencarian Faridah dan Iqbal tertanya-tanya ke manakah hilangnya jasad kedua-dua mangsa.
kehilangan Benny menimbulkan tanda tanya. Melina membuat laporan polis.
Azrul menyatakan bahawa dia sudah memiliki gadis pilihannya.
6. Monolog Dalaman
Contoh:
“Tidak mungkin boleh bertahan hingga pagi,” desis hati kecil Buyung.
7. Kejutan
Contoh:
Salmah terkejut menerima berita kehilangan Faridah.
1 comments:
bleh tlng tnjkkan cra pnulisan tknik plot x ?
Post a Comment