-------------------------------------------------------------------




Friday, March 4, 2011

KABUS DI PERBUKITAN (WATAK DAN PERWATAKAN)

Watak dan Perwatakan
 
1. Watak Faridah
 Faridah merupakan watak utama dan dia mempunyai saudara kembar bernama Rahayu.
 Ayahnya berkahwin kali kedua dengan seorang wanita bernama Hamidah.
 Dia terpisah daripada adik kembarnya semasa berusia tujuh tahun akibat ayahnya berpindah ke Pontianak, Indonesia.
 Faridah seorang yang tabah menghadapi dugaan hidup. Contohnya, dia tabah menghadapi kematian adik kembar kesayangannya, Rahayu akibat barah paru-paru. Selepas itu dia juga kehilangan ibu kesayangannya dan suaminya yang tercinta, Ghazali.
 Faridah seorang yang sangat prihatin akan kanak-kanak istimewa. Contohnya, dia menganggap menjalankan khidmat kepada kanak-kanak istimewa dianggap sebagai satu ibadah.
 Faridah seorang yang beriman. Dia bersolat Tahajud selepas mengalami mimpi Ayu dan ibunya. Dia yakin akan berasa tenang selepas menunaikan solat sunat Tahajud.
 Faridah juga mementingkan ilmu pengetahuan. Contohnya, dia sanggup menggadaikan tanahnya untuk perbelanjaannya semasa berkursus di New Zealand.
 Faridah seorang yang penyayang. Dia sentiasa berusaha memenuhi permintaan anak-anaknya, terutama yang melibatkan penyediaan makanan untuk anak-anaknya, Anne dan Melina.
 Dia juga seorang yang mempunyai jati diri yang tinggi. Walaupun hidupnya senang dan sudah 25 tahun di New Zealand, Faridah sanggup pulang semula ke Malaysia kerana terlalu rindu akan kampung halamannya. Dia juga berjanji akan mengekalkan kerakyatannya sebagai rakyat Malaysia sampai bila-bila.

2. Watak Rahayu
 Rahayu ialah watak sampingan yang penting dan merupakan adik kembar kepada Faridah.
 Dia mengidap penyakit lelah dan dalam kalangan adik-beradiknya, dia dianggap „lembik‟.
 Rahayu dikesan mengidap barah paru-paru, selapas pengsan di perpustakaan.
 Seorang yang suka membaca. Dia dilihat sering menghabiskan masa di kedai buku dan digelar sebagai „ulat buku‟ oleh Azrul.
 Rahayu juga seorang yang rajin. Contohnya dia rajin memasak dan membantu ibunya di dapur sekiranya tiada kuliah.
 Rahayu seorang yang penyayang. Contohnya, disebabkan dia tinggal bersama ayah dan ibu tiri, hatinya amat rindu untuk bertemu dengan ibu kandungnya Salmah.

3. Watak Azrul
 Seorang graduan UPM dan bekas teman lelaki Rahayu.
 Dia seorang mahasiswa yang mencintai alam sekitar. Azrul dan rakan-rakannya telah menaja penubuhan Penubuhan Persatuan Pencinta Alam dan Hutan yang kerap memberi pendedahan kepada murid tentang alam sekitar.
 Azrul seorang yang penyayang. Semasa Rahayu masih hidup Azrul amat menyayanginya dan sentiasa berada di sisi Rahayu ketika Rahayu sakit.
 Azrul juga seorang yang berdikari. Setelah tamat pengajian di universiti, dia tidak berharap untuk makan gaji, sebaliknya dia mahu menjadi penternak kambing.
 Seorang yang gigih berusaha. Dia berjaya menjadi usahawan yang berjaya dalam bidang penternakan hasil usaha gigihnya itu.
 Seorang yang suka menolong orang. Contohnya, Azrul telah menolong Anne ketika kereta Anne rosak.
 Azrul juga seorang yang menghormati orang tua. Dia telah menunjukkan rasa hormat yang tinggi terhadap Pn. Faridah dan Encik Soleh ketika bertandang ke rumah mereka.
 Akhirnya dipaparkan Azrul memperoleh gelaran Datuk.

4. Watak Kamarudin
 Bapa kepada Rahayu dan Faridah.
 Kamarudin digambarkan sebagai lelaki yang kacak. Pada usia 21 tahun, dia telah berkahwin lain.
 Semasa ditugaskan ke Pontianak, Indonesia, dia sanggup memisahkan dan membawa salah seorang anak kembarnya Rahayu daripada ibunya.
 Dia berpangkat Mejar ketika bersara daripada angkatan tentera.
 Seorang yang berjimat cermat kerana dia menyimpan sejumlah wang untuk masa hadapan anak-anaknya.
 Semasa mudanya, dia suka berfoya-foya.
 Seorang bapa yang tidak bertanggungjawab. Contohnya dia tidak memberikan nafkah lahir dan batin kepada Salmah, isterinya.
 Kamarudin pandai menyimpan rahsia. Kewujudan Faridah dirahsiakan daripada isteri keduanya, Hamidah.
 Seorang yanag percaya kepada bomoh. Dia sering membawa Rahayu berjumpa dengan bomoh supaya Rahayu serasi dengan keluarga barunya dan tidak rindu kepada pasangan kembar dan ibunya.
 Akhirnya kehilangan Faridah telah menginsafkan Kamarudin tentang kesilapannya. Kamarudin menunjukkan rasa tanggungjawabnya dengan berusaha mencari Faridah.

5. Watak Salmah Ibu kepada pasangan kembar Faridah dan Rahayu.
 Isteri pertama kepada Kamarudin.
 Usianya menjangkau 50 tahun.
 Seorang yang rajin berdoa. Apabila ditimpa musibah kehilangan Faridah, dia memohon ke hadarat Ilahi agar menjauhi anak kesayangannya itu daripada sebarang bahaya.
 Setelah ditinggalkan oleh suaminya, dia menyara kehidupannya dengan bekerja di sawah.
 Dia sering berduka dan sakit selepas pemergian Rahayu.
 Seorang ibu yang penyayang. Walaupun dia tidak dapat memelihara Rahayu, dia masih tetap menyayangi Rahayu.

6. Watak Benny
 Berasal dari Dubai.
 Nama sebenarnya Jabbar al – Anbia, tetapi dia lebih gemar dipanggil Benny.
 Seorang yang sangat gemar berlayar. Contohnya dia pernah belayar dari Doha hingga ke Sydney.
 Seorang Muslim yang tidak mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya. Contohnya, dia minum arak di luar pengetahuan ibu bapanya.
 Dia menunjukkan rasa tidak bertanggungjawab. Dia meninggalkan Melina yang sarat mengandung tanpa khabar berita kerana takut ditangkap oleh polis Interpol.
 Dia berjumpa terus dengan Soleh Johnsons dan Faridah untuk melamar Melina.

0 comments:

Post a Comment

Guru & Ibubapa: Siapakah Pendidik Sebenarnya?

 
Tatapan Minda Copyright © 2011