Justeru itu, untuk menenangkan fikiran bagi menghadapi kehidupan seharian, ambillah langkah-langkah dibawah.
1. Tarik nafas dalam-dalam dan hembus keluar perlahan-lahan. Lakukan secara konsisten dan betul, ia mampu memberikan ketenangan pada diri.
2. Ambil wuduk. Berwuduk dapat menenangkan fikiran kerana air dapat megembalikan kesegaran badan yang hilang.
3. Menulis. Senaraikan apa masalah anda dan tuliskan satu per satu apa yang terbuku di hati.
4. Rehat & Tidur yang cukup. Pejamkan mata berehatlah sebentar atau keluar seketika untuk mengambil udara.
5. Kemas ruang. Ambil inisiatif untuk megemas ruang kerja atau rumah anda dan anda pasti akan mendapat tenaga yang baru.
6. Beriadah. dalam kehidupan yang selalu sibuk, cuba luangkan sedikit masa untuk beridah bersama keluarga atau bersendirian. Jiwa anda pasti akan menjadi lapang selepas aktiviti ini.
7. Buang yang remeh-temeh. Asingkan perkara yang remeh-temeh kerana perkara ini yang banyak mempengaruhi produktiviti harian anda,
8. Berkongsi masalah. Jangan simpan masalah anda carilah orang yang anda percayai untuk berbicara dan mendengar masalah anda.
0 comments:
Post a Comment